Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan.
Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat & keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula ramadhan. Betapa besar rahmat ilahi bilamana kita dipanjangkan umur bertemu dgn ramadhan kerana sabda Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: 'Antara ramadhan ke ramadhan adalah pengampunan Allah'.
Sama-samalah kita merebut peluang melakukan ibadat sebaik mungkin di bulan mulia ini, semoga dgnnya kita mendapat rahmat, keberkatan & ketenangan.
Di sini lynd mengambil peluang ini untuk menyusun jari memohon maaf pada semua keluarga, sahabat-sahabat, guru2, sanak saudara & pelanggan2 lynd atas semua salah silap yg dilakukan sama ada sengaja @ tidak. Selamat berpuasa.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment